in

Study Oversea – Cara Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Apa yang perlu anda tahu untuk study oversea.

Assalamualaikum w.b.t,
Ramai yang email dan bertanyakan kepada saya tentang bagaimana untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, apa syarat-syaratnya dan bagaimana untuk memohon. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan apa yang saya tahu berkenaan dengan proses bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Cara melanjutkan pelajaran ke luar negara

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kementerian pelajaran menyediakan beberapa saluran bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kebiasaannya terdapat dua saluran bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara iaitu melalui:

  1. JPA
  2. MARA


Kebanyakan biasiswa yang ditawarkan oleh JPA adalah berkaitan bidang perubatan dan kebanyakan universiti yang ditaja adalah di timur tengah.

MARA menyediakan Skim Pelajar Cemerang setiap tahun bagi pelajar-pelajar cemerlang dari institusi pendidikan tempatan terutamanya yang di bawah seliaan MARA sendiri termasuk KPTM. Bagi program-program yang ditaja MARA adalah tidak terhad kepada mana-mana kursus yang universiti di luar negara selagi universiti yang dipohon mestilah yang ternama dan berada dalam senarai universiti yang diiktiraf oleh MARA.

Permohonan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara kebiasaannya dibuka pada setiap hujung tahun dan awal tahun. Pihak MARA menyediakan kuota kepada pelajar-pelajar yang berminat dan perlu menepati syarat yang ditetapkan.

Syarat melanjutkan pelajaran ke luar negara

Syarat yang ditetapkan oleh MARA adalah berdasarkan ketetapan semasa. Jadi syarat yang ditetapkan setiap tahun adalah berbeza-beza. Jadi pelajar perlu menyemak syarat permohonan terlebih dahulu. Namun begitu, syarat umum tajaan adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PENAJAAN

  • Skim Pinjaman Pelajaran MARA hanya terbuka kepada pelajar Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi yang lain bagi pengajian/peringkat pengajian yang sama;
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja bagi pengajian sebelumnya atas sebab tindakan disiplin;
  • Bebas daripada atau mendapat penangguhan kontrak perkhidmatan (sekiranya ada) bagi tempoh pengajian yang hendak diikuti;
  • Aktif di dalam aktiviti kokurikulum semasa di kolej/universiti;
  • Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Panel Doktor yang dilantik oleh Majlis MARA bagi pengajian luar negara;tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
  • Mematuhi syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan oleh MARA;

Syarat kelayakan akademik bagi program ijazah pertama adalah mendapat CGPA 3.50 ke atas atau sebaik-baiknya 3.70 ke atas.

Pelajar perlu mendapatkan tempat di universiti luar negara terlebih dahulu sebelum memohon skim tajaan MARA. Sekiranya permohonan diterima, pihak MARA akan melakukan tapisan melalui peperiksaan, temuduga dan program persediaan.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, sila semak dengan pihak MARA dan JPA setiap awal tahun.

(Visited 7,587 times, 1 visits today)

Written by Admin Sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Comments

  1. Salam Tuan,
    Untuk program ijazah biasanya lapor diri adalah pada September setiap tahun (UK calendar). Jadi bila tuan suggest pada setiap awal tahun, jadi bagaimana nak match masa tuh ya?
    Letter offer biasanya dapat bulan April-May, kemudian nak prepare Visa dan sebagainya dan masa memang cukup-cukup je ada sehingga lapor diri pada September.

    Atau selepas pelajar lapor diri di Semester 1 ?

Bidang Pengajian yang Susah dapat Kerja 2022

IPTA vs IPTS – Apa kelebihan dan apa kekurangannya?